Wednesday, November 25, 2009

Beraya & cuti2 di Singapura

Assalamualaikum....
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua kawan2, minta maaf dah lama tak dapat update blog kerana kesibukan yang melampau terhadap rumahtangga. Minta maaf juga kerana tidak dapat menerjah blog kawan2 ye.
Zura sekeluarga akan bertolak ke Singapura untuk bercuti di sana selama beberapa hari, tidak pasti berapa lama kerana ada saudara untuk diziarah di sana. Doakan kami pergi dan balik dengan selamat.
Mohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan kata-kata kita selama ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi setelah selamat semuanya. AMIN

Thursday, November 19, 2009

Pandan Marble Rare Cheesecake




Pandan Marble Rare Cheesecake yang kurang cantik ni sebenarnya untuk seseorang dan kita sendiri belum rasa sebab nak bagi kat orang sebab tu xboleh nak potong kek. Tunggu orangnya datang baru boleh makan bersama. Memang dah tak sabar nak ngap kek nih, geram jek nengok dia dalam peti sejuk tuh. Kita buat pagi semalam dan diperam dalam peti sejuk seharian. Resepi ni dari adinda Rosmarlina yang pandai serba serbi tuh, dan resepi asalnya ialah matcha marble rare cheesecake yang telah ditukar kepada perasa pandan sebab kat sini matcha serbuk teh tu xde, matcha kedai mamak adalah ramai kat sini hahahaa. Jom tengok resepi asalnya

mmg xreti nk deko2 nih, hias simple jek
tukar kpd. kek sponge pandan

BAHAN - kek span matcha
2 biji telur
70 gram tepung gandum
50 gram gula
1 sudu kecil serbuk matcha ( ros guna serbuk matcha yg dlm pek kecil-kecil)- sebuk teh hijau
1 sudu besar butter yang telah dicairkan
2 sudu besar susu segar

BAHAN - Rare Cheese cake
200gram philidelphia cheese
200gram plain yogurt
100ml nama cream ( whipping cream)
50 gram gula
10gram gelatin ( dicampur dgn warm water dan kacau sebati)

Caranya
1. Buat kek span matcha dulu, ayak tepung gandum kemudian pukul putih telur dan 1/3 kuantiti gula hingga betul-betul kental, pastikan meringue tidak jatuh apabila bowl diterbalikkan, kemudian, di dalam bekas lain pulul kuning telur dan baki gula hingga kembang dan ringan.

2. campurkan tepung sedikit demi sedikit di dalam meringue, kemudian campurkan kuning telur, sebuk matcha serta susu segar dan akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Bakar kek pada suhu 160 darjah selama 25 minit.

( Pastikan acuan kek matcha lebih kecil dari acuan springfoam yang akan digunakan untuk mengisi rare cheese cake nanti. ros guna acuan kek 12cm )

3. Setelah kek span matcha sejuk dan di potong 1 cm di sekeliling kek, letakkan kek span matcha tadi di tengah-tengah acuan spring foam 18cm.

Cara utk. Rare Cheesecake
1. Pukul cream cheese hingga lembut, kemudian masukkan yogurt setelah betul-betul sebati baru masukkan whipping cream serta gula dan pukul hingga betul-betul kembang, akhir sekali masukkan gelatin, kacau sebati, curah kan dalam acuan spring foam dan pasikan kek span matcha tadi tidak lagi kelihatan. Hias permukaan kek mengikut kreativiti masing-masing dan simpan di dalam peti ais semalaman, bagi memudahkan kek ini mudah dan cantik di potong. Selamat Mencuba.

Monday, November 16, 2009

Nasi Goreng USA

Nasi Goreng USA

Pagi yang mendung hingga membuatkan orang kat umah bertambah kelaparan. Maka terhidanglah Nasi Goreng USA, sungguh enak dimakan bersama orang tersayang hehee. Subuh2 dah sibuk kat ceruk dapur menyiapkan sarapan mungkin untuk makan tengahari juga kot sebab kita masak banyak. Jadi sesiapa yang belum bekfes meh makan sama-sama. Kalau makan kat luar hidangan ni disertakan juga telur mata kerbau tapi kita malas nak goreng telur..... tu pun cik abang dah cakap sedap heh...
Resepi nasi goreng USA ni daripada kak raidah.
Bahan nasi:
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak

    Cara penyediaan nasi:
    1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
    2. Masukkan sos tiram dan lobak merah (mix veg), gaul rata.
    3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.

    Daging masak merah:
  • 300gm daging ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum ~ dihiris
  • 1 biji tomato ~ dipotong 6
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak

Cara penyediaan daging:
1.Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
3. Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
5. Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

Masak Lemak Ciliapi Ikan Jelawat


Assalamualaikum & Selamat Pagi
Menu semalam yang telah selamat masuk dalam perut, buat kasi pedas gila punya lemak ciliapi. Sebelum ni memang tak pernah makan ikan ni hahaaa sebab tu kita nak rasa, tapi hati-hati masa nak makan sebab ikan ni banyak duri. Petua untuk memudahkan semasa makan ikan nih, masa nak siang tu pegang kepala dan ekor ikan tu dan tarik hingga bunyi prap. Itu petua orang2 tua ye, tp kita tak tua lagi eheeeee. :P

Friday, November 13, 2009

Jom Lunch


Assalamualaikum dan selamat petang,
Juadah makan tengahari ni sambal udang, arini ada malas sikit penat pun ye jugak bila menguruskan rumahtangga yang xde tangga nih. Cuaca kat sini pun asyik mendung jek kejap hujan kejap berhenti pastu hujan semula. Memang xde aktiviti kat luar la, terperuk jek dalam rumah nih. Kain baju yang lum basuh sebakul penuh menunggu tuh, nak basuh cam malas lak, doa2 mintak esok cuaca terang benderang kejap pun okeylah kan nak bagi kering kain baju tuh, lum kasut sekolah anak lagi tuh....ishkk iskkk kerja, kerja tak sudah2.....apalah bebel arini yek ekekeke :)))))

Thursday, November 12, 2009

Sizzling Garlic Beef

Hai bertemu lagi dengan menu tuan rumah yang asyik makan dan makan jek sebab memang nak naikkan berat badan ni hah yang kurus kering, naik lagi 4kg baru okey sikit. Memang sibuk memanjang arini dengan kerja kat rumah yang tak habis2, maklum ada budak kecik yang hyperactive nih lum lagi masaknya lagi. Hai azura-azura sebab tu ko kurus....wokehla jom tengok resepi asal dari kak noreen kat umah kak noor pun ada, pehtu umah ika pun ada gak lauk nih. Tapi kita punya tak cukup sayurannya sebab malas nak keluar asyik hujan jek, layan je la ye...




Bahan-bahan (4 org):
  • 500gm daging batang pinang - dipotong nipis2
  • 1 camb soy sauce
  • 3 camt tepung jagung
  • 1 camt minyak bijan
  • 1 camt coarse black pepper - yang kasar
  • 3 camb minyak kacang
  • 1 labu bawang besar - yang kuning potong wedges
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • bunga kobis - dipotong kecil
  • brokoli - dipotong kecil
  • 160ml vegetable/chicken stock
  • 2 camb kicap manis

Cara-cara:

  1. satukan daging, soy sauce, tepung jagung, minyak bijan dan black pepper di dalam mangkuk besar dan gaul rata
  2. panaskan 3 camt minyak kacang dan masukkan 1/4 daging perapan tadi dan kacau 1-2 min atau sehingga daging keperangan. setelah itu keluarkan
  3. masukkan lagi 3 camt minyak kacang dan ulangi proses ini sehingga daging habis di goreng
  4. panaskan lagi kuali dengan lebihan minyak kacang dan tumiskan bawang besar
  5. masukkan pula bawang putih dan kacau sehingga naik bau. setelah itu bolehlah dituangkan stock dan sayur2an lain, kacau sehingga sayur agak lembut
  6. masukkan kesemua daging goreng tadi dengan kicap manis dan biarkan sehingga daging masak dan lembut
  7. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi putih.

Krim Puff Bercoklat

Salam di petang khamis....
Jom minum petang pulak, melayan karenah anak-anak yang nak minum petang. Resepi nih kita ambil kat SAJI, dah lama nak buat baru arini berkesempatan. Dengan senang hatinya kita berkongsi resepi yang enak, ini juga sesuai untuk buat sarapan pagi. Jom tengok resepi yang mudah ini.....

Bahan-bahan
  • 250gm tepung gandum
  • 200gm butter
  • 3 biji telur
  • 300ml air
  • sedikit garam
  • coklat masakan

Cara-cara

  1. Satukan mentega, garam dan air. Kacau di atas api sederhana.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kacau lagi,. Perlu dilakukan dengan segera.
  3. Selepas itu, masukkan telur dan tutupkan api. Kacau sebati dan masukkan adunan di dalam piping bag. Pastikan adunan tidak lagi melekat pada sudu.
  4. Paipkan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
  5. Bakar pada 180C selama 25 minit.
  6. Hidang dengan coklat.



Breakfast nasi goreng je....

Morning to all.....Jom breakfast sama-sama.....nasi goreng + isi ayam goreng semlm + coffee

Pepagi dah numbuk rencah nasi goreng...tok..tok..tok

Wednesday, November 11, 2009

Sotong Berempah Madu



Satu lagi menu juadah tuk harini ye semua seafood belaka. Resepi dari kakak dayang jack yang memang rajin & terer masak. Betul kata kak dayang memang menepati selera....thumbsup utk. kak dayang, sayang dia. Minta halal ye kak dan mohon C&P resepi best nih....



Bahan-bahan :
  • 400 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
    Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 lengkuas

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau. (boleh tambah garam/gula jika perlu)
    ***jika kurang pedas, boleh tambah cili api.
    ***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka.

Tom Yam Kung

Aritu kita buat homemade tomyam putih tapi arini versi mudah dengan menggunakan pes tomyam adabi utk. perabih stok sebelum expired. Cara mudah ni telah digunakan oleh bonda tercinta kita di kampung sejak zaman dulu lagi yang memang sedap dan mudah. Tetapi kita ada ubahsuai sedikit mengikut selera tuan rumah di sini. Kalau versi bonda pes tomyam tu ditumis dengan sedikit minyak, memang ada kelainan sedikitlah, tapi kita punya versi xde tumis2 sebab tak nak guna minyak ye, versi sihat....eheheheeh. Jom layan resepinya....


Bahan-bahan
  • 200gm udang
  • 200gm sotong
  • 1 labu bawang kuning besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 pek kecil pes tomyam kung
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (diketuk )
  • 1 biji jus limau nipis
  • cili padi (ikutlah nk pedas mana)
  • dan air untuk didihkan

Cara-cara

  1. Didihkan air dan masukkan bawang putih, bawang kuning, cili padi, serai, pes tomyam dan jus limau. Biarkan seketika.
  2. Akhir sekali masukkan kesemua bahan-bahan lain dan renih hingga masak. Perasakan dengan garam & gula. Selamat mencuba.

Tuesday, November 10, 2009

Dinner yang melampau

Salam di petang Selasa,

Malam tadi punya dinner kita masak Kari Kepala Ikan Babas yang simple, mudah sedap dan enak.....Harap korang tak jemu ye dengan menu tuan rumah yang hantu kari nih, lebih2 lagi kepala ikan merah. Sebenarnya encik suami pantang nampak terus je beli, kita lak pantang nampak terus masak..masak pe mestilah masak kari hiihihihiiii




Resepi kali ini sungguh simple dari azura ye......... kita tengok bahan-bahannya yang mudah dibeli dan sedap dimakan & dihirup kuahnya, slurpppppp.....:D
Bahan-bahan
  • 2 ketul kepala ikan merah ( dlm 600gm, aritu beli dpt rege rm8.00 )
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 3 sb cili kering kisar
  • 1 peket kecil serbuk kari ikan babas ( kita lebih suka babas )
  • 1 cwn santan sederhana
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • secubit jintan manis
  • secubit jintan putih
  • secubit halba
  • 5 batang kacang bendi
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 2 tangkai daun kari
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskan Minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih, daun kari, halba dan jintan putih & manis. Dan masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
  2. Masukkan kari babas telah dibancuh dengan air, masak sehingga hilang bau rempah.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan sederhana.
  4. Bila mendidih, masukkan kepala ikan merah.
  5. Masukkan kacang bendi dan tomato merah.
  6. Masukkan kiub ayam maggie, garam dan gula.
  7. Masak sehingga pecah minyak.
  8. Siap untuk dihidang.

PETUA : untuk buat daun kari tahan lama ( bagi org2 yg xde pokok kari ). Cuci bersih daun kari yang telah dibuang tangkainya dan masukkan dlm mangkuk plastik yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan hingga 3-4minggu dan baunya pun masih kuat lagi.

Jalan-jalan cucimata @ bandar kluang johor & nk pi jln2 kt kota singapura

biasanya bila gi jalan2 jarang sangat amek gambar, aritu leh terajin lak..
wajib naik kalo x, si adik ni meraung

leka main, ummi leh rilex jab nih

5 x 50sen baru nak turun


shopping barang dapur & keperluan kt giant hyper tmn. seri kluang
P/S : Raya Haji ni kita sekeluarga nak pegi singapore, buat mamahawa, kak ayu & kak nur kalau diizinkan atau ada rezeki kita berjumpa nanti, insyaallah.... leh email zura nnt ye. Buat mamahawa terima kasih atas email info2 yg mama berikan ye, rasa terharu sangat. Yang sudi jumpa lah ye, xsudi pun xpe yg penting kita ikhlas, sebab sebenarnya kita ni malu pada kakak2 sekelian.

Monday, November 9, 2009

....bestnya bila encik suami tolong di dapur....

Assalamualaikum dan selamat petang
Arini ada terlebih rajin sedikit untuk bercerita pabila semua kerja dah siap. Dipersilakan bagi sesiapa yang sudi membaca entri yang panjang lebar ini....lalalalalalala
Alkisah semalam adalah hari yang istimewa sebabnya bila seseorang yang disayangi sanggup tolong kita di dapur. Bangun tidur je lepas mandi suami terus pergi pasar dan tanya kat kita "yang nak beli lauk pe arini?" so dengan sukanya kita pun jawab "abang nak pegi pasar ye, ermmm abang belikan ikan semilang @ mayung boleh x? ermmm kalau xde beli ikan apa2 pun boleh" suami pun berkata "yang nak masak apa?" kita dengan tersengih2 pun menjawab "arini zura nak masak asam pedas"...maka dengan tersenyumnya sang suami pun berangkatlah pergi ke pasar..
Balik dari pasar terkejut beruk kita bila dia beli stok lauk basah dengan banyaknya. Ikan mayung 1kg, Udang putih 1kg, kepala ikan merah 2ketui, sotong 1kg, daging batang pinang ntah bape gram xtgk lak....dengan sayur2an dan mcm2 lagi, mcm nak buat kenduri lak.....
Pastu dengan rajinnya dia tolong siang ikan mayung pastu bersihkan pastu rendam ngan air asam limau. Lauk lain-lain dia masukkan dalam peti sejuk siap2. Pastu dia tolong siang sayur tu semua dengan siang taugeh hingga sebersih-bersihnya. Punyalah terperanjat kita nih, rajinnya suami kita arini sambil kita pun cakap kat dia "suami mithali betul abang arini" suami kita pun senyum lebar jek bila kena puji. Bukan selalu rajin camgini, kadang2 je, tapi kalau dah rajin semua dia buat dari A sampai Z. Sampai anak2 pun dia tolong mandikan, biasanya kita buat semua tu sendiri....tapi bab masak2 dia mesti nak air tangan isteri dia sendiri yang masak, tapi yang bestnya sambil memasak sambil berborak.......hehehehee sekian dulu cerita ceriti arini.

inilah hasilnya, asam pedas ikan mayung yang tak sempat dihias bila encik suami kata sudah lapar sangat nih cam nk makan org hihiii


dan sayur pucuk manis + carrot + suhun yang dimasak tumis air (anak kita amek suhun je lebih)

Related Posts with Thumbnails